Wednesday, January 5, 2011

Gambar-gambar anakku hingga 5 bulan





Putri Nur Irdina Damia Mohd Azlan

Tuesday, January 4, 2011

Kisah Anakku Putri Nur Irdina Damia

Lahirnya anak pertama ku pada 6/8/2010 di Hospital Putrajaya hari Jumaat jam 12.10 a.m. dengan berat 1.91kg dan lahir secara normal tetapi tidak cukup minggu. Kecil sungguh anak ku pada ketika itu. Kisah sebelum hari raya puasa banyak membina kesabaran selepas begelar seorang ayah.
Anak ku terus dibawa pulang ke kampung bersama ibunya di Kg Batu 1 Tanjung Tualang pada hari Sabtu 7/8/2010.



DEMAM KUNING...


Tetapi pada hari Isnin 9/8/2010 Irdina telah dimasukkan ke wad kanak-kanak Hospital Batu Gajah kerana demam kuning yang kuat. Yang menggusarkan aku Irdiana tak mahu langsung menyusu sedangkan kuning akan berkurangan dengan pengambillan susu ibu. Selepas 4 hari di wad Irdina dibenarkan pulang pada 13/8/2010 tetapi masih lagi dibawah kawalan dan perlu datang untuk pemeriksaan.
Sesampai jer di rumah Irdiana dimandikan dengan air kucai. Air kucai dikatakan dapat mengurangkan demam kuning dan pernah terjadi pada anak saudara ku Muhammad Adif Junaidi. Tapi mungkin atas sebab Irdina lahir tidak cukup minggu dia dimasukkan semula ke wad pada esoknya iaitu 14/8/2010 kerana demam kuningnya masih lagi tinggi.
Perasaan ibu bapa mana tidak sebak melihat keadaan anaknya begitu. Isteriku resah dan menagis melihat Irdiana dibawah sinar unggu. Irdiana masih lagi kurang menyusu. Isteriku akan menyusukan Irdina setiap sejam sekali. Jika tak mahu dia tetap akan memaksa untuk menyusu.
Mak mertuaku memberitahu campurkan sedikit GULA BATU dalam susu dia. Ada pula kawan isteriku memberi TEH HERBA CINA untuk dicampurkan dalam mandian Irdiana. Aku ada melihat di internet dan bertanyakan pada kawan-kawan dan orang yang lebih tua tentang petua lain. SUSU KAMBING telah dicadangkan. Tapi bila aku banyak bertanya ada kisah disebalik pemberian SUSU KAMBING kepada bayi yang kuning.



SUSU KAMBING...

Rakan aku Zubairi pernah mengalami pengalaman anaknya kuning. Anaknya telah dimasukkan ke Hospital Grik. Dia telah memberi sedikit SUSU KAMBING (hanya beberapa titis). Tiba-tiba pada malam tu demam kuningnya ke tahap yang serius dan terpaksa di hantar ke Ipoh untuk rawatan rapi. Alhamdulillah 2 hari lepas itu anaknya sembuh dan dibenarkan pulang. Dia manasihati aku untuk berhati-hati jika memberi susu kambing kerana ada 2 kemungkinan, demam akan turun atau demam akan naik dengan cepat. Aku buat keputusan untuk tidak memberi kepada anakku.





SUSU IBU KURANG...

Sememangnya susu ibu adalah yang terbaik. Tapi bagaimana jika susu ibu kurang. Banyak petua juga aku kutip antaranya makan sayur kobis, kurma merah, longgan kering dan pil penambah susu (atas nasihat doktor). Yang penting ibu perlu makan walaupun hati resah. Jika kurang megambil makanan, susu yang terhasil sedikit jumlahnya. Kalau anak macam malas jer nak menyusu belilah pemerah susu. Lagi bagus beli yang pakai beteri tak pakai banyak tenaga dan susu yang diperah boleh kita tahu berapa bayak yang anak minum.

ELAK JAMU...

Isteri ku dilarang untuk makan apa-apa jenis produk lepas bersalin. Ini kerana mungkin memberi kesan kepada anak yang dijangkiti demam kuning. Aku mula risau nanti anak aku dah sihat mak dia pulak ada masalah. Aku terus hubungi kawan aku Rekrefendi di Kelantan. Dia pn ada kisah yang anak dia ada kuning. Anak dia pernah ke tahap perlu prosuder untuk penukaran darah. Tapi dia bekeras untuk tidak membenarkan prosuder itu. Mujurlah bapa mertua dia di Kelantan bekas Doktor Homeopati. Bapa dia terus mencari ubat untuk mengurangkan demam kuning. Doktor telah beri kata putus untuk terus kan prosuder tapi kawan aku minta untuk tunggu hingga esoknya. Dengan keizinan Allah ubat yang diberi mujarap. Demam anaknya terus turun serta merta. Isterinya juga tidak mengambil produk selepas bersalin yang berada di pasaran tetapi mengambil pil selepas bersalin Homeopati yang dibuat sendiri oleh bapanya. Aku pun meminta supaya Fendi boleh mengirimkan satu set kepadaku.




KELUAR HOSPITAL...


Berbalik kepada cerita anakku Putri Nur Irdina Damia. Selepas dimasukkan ke Hospital pada 14/08/2010 anak ku dibenarkan pulang ke rumah pada 17/08/2010 dan perlu untuk datang bagi pemeriksaan selepas 2 hari. Tapi beratnya tidak ditahap yang sesuai untuk demam kuning kurang.Irdina dimasukkan sekali lagi pada 19/08/2010 ke Hospital. Tetapi selepas dua hari dia dibenarkan pulang. Kali ini aku cuba satu lagi petua. Lampu meja berwarna kebiruan. Untuk pengetahuan bayi yang terkena demam kuning elakkan dari kipas. Aku letak di bawah lampu meja dan sentiasa dikawal. Matanya juga aku tutup.

Alhamdulillah Putri Nur Irdina Damia kini akan mencapai umur 5 bulan pada 6 Januari ini.......


Putri Nur Irdina Damia kini 5 bulan





Sunday, January 3, 2010

Hari Persandingan....(perempuan)

Hari persandingan ini telah berlangsung pada hari Khamis 24/09/2009. Telah dilangsungkan di Kg Bt 1 Bt Gajah. Majlis ini telah dihadiri lebih dari seribu jemputan. Majlis berlangsung bermula jam 7.00 pagi dengan menyediakan menu untuk tetamu dan berakhir pada jam 11.00 malam.

AZLAN & AZARIZA'S WEDDING



Hari pernikahan adalah pada 21/09/2009 di No55 Kg Baru Batu 1, JLN Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah Perak. Pernikahan diantara Mohd Azlan Asan & Azariza Alang Ahmad telah dihadiri kira-kira 200 jemputan.